Assalamualaikum...
SELEPAS dua hari bekerja hari ini kita bercuti bagi menyambut ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Teringat pula masa zaman sekolah dulu Maulidurrasul disambut begitu meriah. Berarak dan berselawat, mendengar ceramah dan akhirnya jamuan di dalam dulang disediakan. Apabila bekerja di tempat sekarang, Alhamdulillah. SK masih dapat merasakan suasana itu hasil inisiatif badan-badan kebajikan yang ada di syarikat kami.. Alhamdulillahhhh.
Akhir kalam sekali lagi SK ingin mengucapkan Salam Maulidurrasul khasnya kepada pembaca yang beragama Islam. Semoga kita akan menjadi umatnya yang terus mencintai kedamaian dan sentiasalah kita mengingati baginda dengan berselawat ke atasnya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment